Monday, 7 January 2013

Media Hunt 2012 KL-Melaka (5 & 6 Januari 2013)


Seramai 400 peserta daripada pelbagai pertubuhan media menyertai program 'Media Hunt Umno 2012' sebagai menghargai peranan media dalam membuat liputan perhimpunan agung Umno 2012.

Para peserta yang menaiki 100 kenderaan itu dilepaskan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan di Dataran Putra Pusat Dagangan Dunia Putra terus bergerak dan singgah makan tengahari di Seremban, Negeri Sembilan dan sejurus selepas itu, mereka kemudiannya akan dilepaskan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.



Peserta ‘Media Hunt 2012’ seterusnya bergerak ke Melaka dan berhenti rehat di rumah Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh di Kampung Pulau Masjid Tanah dan peserta telah dilepaskan oleh Timbalan Ketua UMNO Masjid Tanah merangkap ADUN Tanjung Bidara, Datuk Kapt (B) Abd Karim Sulaiman.







Menanti peserta ‘Media Hunt 2012’ di Dataran 1Malaysia Pantai Kelebang adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron untuk minum petang.





Kemudiannya pada sebelah malam pula telah diadakan jamuan makan malam bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam di Pusat Ikan Bakar Terapung, Umbai, Melaka.






Acara pada hari Sabtu dimulakan di Taman Rempah dan dilepaskan oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka dan para peserta berlegar untuk mencari jawapan di sekitar bandar Warisan Dunia Unesco Banda Hilir Melaka dan berakhir pada sebelah petang. Penutupan majlis tersebut telah sempurna dilakukan oleh Datuk Wira Latiff bin Tamby Chik, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Melaka









Hampir seluruh media, agensi kerajaan dan blogger yang bekerjasama menjayakan Perhimpunan Agung UMNO 2012 lalu menghantar penyertaan. Antaranya media dari TV3, RTM, Astro, Utusan Malaysia, Berita Harian, TV Al Hijrah, Sinar Harian, Bernama, Kosmo, Hot FM, Radia 24, NST, TV 9, NTV7, Kementerian Penerangan, UMB, KL Post, Bomba, HKL, PWTC, CIMB, Kementerian Pertahanan, KDN, DBKL, Prime Network, ABN News, Polis Trafik & Kelab UMNO Luar Negara.

Friday, 4 January 2013

1 Jan 2013 - Konvoi Bermotosikal 1Melaka Bersama Ketua Menteri sempena Sambutan Tahun Baharu 2013

Selepas melakar sejarah melengkapkan laluan sejauh 254 kilometer dalam program Jelajah Berbasikal Melaka sempena sambutan 750 tahun penubuhan negeri ini Januari tahun lalu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam sekali lagi membuat kejutan. Kali ini beliau menunggang motosikal kapcai mengetuai Konvoi Bermotosikal 1Melaka Bersama Ketua Menteri sempena Sambutan Tahun Baharu 2013 untuk menjelajah 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.
Mohd. Ali mengetuai kira-kira 2,700 peserta termasuk penunggang motosikal berkuasa tinggi mengharungi laluan sejauh 427 kilometer. Tidak siapa menafikan dalam usia beliau mencecah 63 tahun Mohd. Ali jelas cukup bertenaga seperti orang muda ketika mengetuai konvoi di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kira-kira pukul 8.15 pagi. Turut serta dalam konvoi tersebut ialah Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ketua-ketua jabatan dan orang ramai.
Kemampuan Mohd. Ali terserlah sewaktu menyertai program Jelajah Berbasikal Melaka yang diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) 3 Januari tahun lalu. MBOR mengiktiraf jelajah itu sebagai konvoi berbasikal mengharungi laluan terpanjang dan membabitkan 16,000 peserta.
Beliau sekali lagi membuat kejutan apabila mengetuai Konvoi Bermotosikal 1Melaka Bersama Ketua Menteri dengan hanya menunggang motosikal kapcai mengharungi laluan sejauh 427km. Pada mulanya, beliau dicadangkan menunggang motosikal berkuasa tinggi tetapi menolaknya dengan alasan lebih selesa menunggang motosikal kapcai.
Di setiap lokasi yang disinggahi, Mohd. Ali dan peserta konvoi beramah mesra dengan penduduk setempat dan lebih menarik beliau sempat menggunting rambut di UMNO cawangan Kota Melaka. Mohd. Ali jelas tidak kelihatan letih sebaliknya bertenaga menunggang motosikal mengetuai konvoi menjelajah seluruh 28 DUN di negeri ini. Bermula dari Dataran MBMB, konvoi berkenaan melalui jalan Limbongan, Klebang, Tangga Batu, Sungai Udang, Masjid Tanah sebelum singgah di perhentian pertama di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Kuala Linggi. Di RTC, kesemua peserta dijamu makan tengah hari sambil Mohd. Ali beramah mesra dengan penduduk setempat.
Selepas itu konvoi berkenaan meneruskan perjalanan dan dilepaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, Datuk Ir. Ismail Othman. Dari RTC konvoi berkenaan melalui Kampung Lubuk Redan, Masjid Tanah, Ayer Limau sebelum singgah di Masjid Lendu, Alor Gajah bagi kesemua peserta menunaikan solat zuhur. Konvoi berkenaan terus melalui Lebuhraya AMJ menuju ke Simpang Empat, Pulau Sebang, Tanjung Rimau, Alor Gajah, Paya Rumput, Balai Panjang sebelum memasuki laluan Jalan Bachang, Batu Berendam dan Durian Tunggal.
Dari situ mereka terus bergerak ke Machap, Selandar sebelum berhenti rehat melepaskan penat lelah di Stadium Jasin. Selepas itu konvoi tersebut terus bergerak melalui jalan Jasin-Tangkak, Lipat Kajang, Lebuh AMJ, Sungai Rambai, Merlimau, Serkam, Umbai, Telok Mas, Alai, Duyung, Bukit Katil sebelum berakhir di Dataran MBMB kira-kira pukul 6 petang.

Sambutan Ambang 2013 & Pelancaran Melaka CoE2013

31 Dis 2012 - Sambutan Ambang Tahun Baru 2013 & Pelancaran Melaka Calendar of Events 2013








Ride Kasih 2/2012

21 Dis 2012- Majlis Pelepasan peserta Ride Kasih Kali Ke2/2012 telah sempurna dilakukan oleh Encik Abd Kadir Idris, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka. Program amal ini adalah satu program penyerahan sumbangan berupa barang-barang keperluan untuk golongan susah. Program ini adalah anjuran Syarikat Ban Zen Motor Melaka dengan kerjasama Bahagian Promosi Pelancongan Jabatan Ketua Menteri Melaka.