Thursday, 31 March 2016
Tuesday, 29 March 2016
Monday, 28 March 2016
KING OF NATIONS DRIFT CHAMPIONSHIP ROUND 2 MALAYSIA
FEDERAL TYRES DRIFT KING OF NATIONS DRIFT CHAMPIONSHIP ROUND 2 MALAYSIA
YAB Datuk Seri Ir. Hj Ideris Bin Hj Haron telah merasmikan Federal Tyres Drift King Of Nations Drift Championship Round 2 Malaysia pada 27 Mac 2016 pada jam 2.00 petang di Grandstand Melaka International Motorsport Circuit (MIMC), Ayer Keroh, Melaka. Pertandingan Drift berstatus antarabangsa yang julung-julung kali diadakan di Malaysia khasnya Negeri Melaka disertai oleh 49 peserta yang terdiri daripada para peserta dari negara kita Malaysia, Singapura, Indonesia, Australia, China, Hong Kong, Brazil, Kuwait, dan Perancis. Kejohanan ini mendapat sokongan padu daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Kerajaan Negeri Melaka dan Tourism Melaka. Federal Tyres Exquisite Motorsports Club sebagai pemegang lesen penganjuran benua Asia dan bagi kejohanan kali ini Gz One Multibiztech & Extreme Brothers serta ditaja oleh Jopana.my & DMS 360. Kejohanan ini mendapat liputan meluas ke seluruh negara terutama oleh Facebook page King of Europe - European Drift Championship yang mempunyai pengikut seramai 1.2 juta orang dari seluruh dunia.
Thursday, 17 March 2016
MISI GALAKAN PELABURAN & PELANCONGAN KERAJAAN NEGERI MELAKA KE WILAYAH GUANDONG, CHINA
Kerajaan Negeri Melaka menyertai Misi Galakan Pelaburan & Pelancongan Kerajaan Negeri Melaka ke Wilayah Guandong, China bermula pada 17 hingga 21 Mac 2016. Objektif misi galakan tersebut adalah untuk mempromosikan Negeri Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan terunggul di dunia selaras dengan temanya Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO. Ia juga bertujuan untuk menarik lebih ramai palancong asing ke Melaka dengan sasaran 40% daripada 16.5 juta pelancong terdiri daripada pelancong asing pada tahun ini.
Wednesday, 9 March 2016
INTERNATIONALE TOURISMUS-BORSE (ITB) 2016, BERLIN, GERMAN
ITB BERIN LONJAK MELAKA DI MATA DUNIA
Kerajaan Negeri Melaka menyertai Intertnationale Tourismus-Borse (ITB) bermula pada 7 hingga 13 Mac 2016 di Berlin, German. Objektif penyertaan program ini adalah untuk mempromosikan MELAKA sebagai sebuah destinasi pelancongan terungguldi dunia selaras dengan temanya Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO. Ia juga bertujuan untuk menarik lebih ramai pelancong asing ke Melaka dengan sasaran 40% daripada 16.5 juta pelancong terdiri daripada pelancong asing