Semangatnya sebagai pemuzik yang tulen dan sejati
memang sangat luar biasa. Dia tetap mahu beraksi dan menghasilkan
pukulan-pukulan dram keramatnya, bayangkan dalam keadaan kesihatan yang tidak
mengizinkan, Yazit Ahmad, masih tetap mahu melantunkan pukulan dan stroke yang
yang memang menjadi trademarknya di kalangan pengikut band muzik rock n roll
gergasi Malaysia, Search.
Bukan calang-calang pemuzik yang boleh berbuat
demikian, namun sebagai seorang dram lagenda, dia secara tidak langsung telah
menyedarkan kita semua khususnya di kalangan pemuzik baru yang sedang mencipta
tentang apa itu perjuangan hidup yang sebenar. Perjuangan tidak akan pernah
mati kalau kita terus berpegang kepada semangat juang yang tinggi begitu
jugalah apa yang berlaku kepada Yazit.
Kesakitan yang dideritainya seakan tidak di rasa
sewaktu beliau bermain dram mahupun beraksi di atas pentas malah menganggap
ianya adalah terapi terbaik buat dirinya yang sedang sakit. Namun keadaan
kesihatan yang membelenggu dirinya sedikit sebanyak membataskan dirinya untuk
aktif seperti dahulu.
Lantaran
di atas dasar prihatin, pihak Neustrokes Communication dengan kerjasama Hard
Rock Café Melaka akan mengadakan sebuah showcase istimewa, “Tribute To The
Legend-Yazit Search”. Antara objektif utama showcase ini di adakan adalah untuk
menambahkan dana bagi meringankan beban Yazit yang menghidap komplikasi sakit
buah pinggang yang di deritai selama lebih 5 tahun.
“Tribute To The Legend – Yazit Search” akan berlangsung pada 5
Disember ini. Showcase akan bermula pada jam 4.00 petang - 6.30 petang.
Bagi menjayakan program yang di rancang, beberapa
artis akan membuat persembahan pada showcase yang akan berlangsung selama 3
jam. Antara artis yang terlibat adalah Kumpulan
Search tribute band (band didikan Kumpulan SEARCH), Kelembai Band (Kumpulan
viral laman sosial) dan Adik Hazury (penyanyi cilik bergitar viral laman
sosial) serta rakan rakan artis lain.
Penonton yang hadir juga akan dihiburkan dengan
penampilan istimewa daripada Yazit Search sendiri bersama Omma Akira, Boy Raven
Aruna (Singapore) dan Yan Lefthanded dalam segmen Otai Jamming Session. Peminat yang ingin menyaksikan persembahan eksklusif
ini boleh mendapatkan tiket yang berharga RM50.00 yang boleh di dapati di Hard
Rock Café Melaka atau boleh membuat tempahan dengan melayari FB: Tribute To The Legend Yazit Search @
Hard Rock Cafe Melaka.
Peminat juga boleh mendapatkan set cenderahati terhad
bersempena dengan showcase itu nanti. Sebarang pertanyaan tentang Tiket dan
Cenderamata boleh diajukan melalui Whatapss 017-315 1506 (En Adie).
Selain itu, sempena Program Amal Showcase “Tribute
to the Legend – Yazit Search”, Kerajaan Negeri Melaka turut berbesar hati
apabila dapat bersama-sama membantu dalam menjayakan program ini.
Bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Melaka Sentral yang sudi
menyediakan Bas Panorama Elektrik untuk digunakan oleh para artis dan krew
untuk mengadakan Lawatan Khas di Produk-Produk Pelancongan Negeri Melaka. Di
antara produk pelancongan yang akan terlibat adalah Kompleks Stadhuys, Kota
A’Famosa, Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan, Melaka River Cruise dan
sebagainya.
Selain itu, kita turut berbesar hati apabila pihak Melaka
Straits Hotel & The Trend Hotel yang sudi menaja penginapan bagi artis
dan krew untuk Program Amal Showcase “Tribute to the Legend – Yazit Search”
ini. Terima kasih diucapkan.
Untuk makluman bagi tempoh lapan bulan pertama
pada tahun 2015 ini, (Jan. –
Ogos 2015) seramai 9,491,261 orang
pelancong telah melawat Melaka berbanding 9,315,927
orang pada tempoh yang sama tahun 2014; mengalami peningkatan sebanyak 175,334 orang atau 1.88%.
Peningkatan ini disumbang oleh penambahan kedatangan pelancong domestik ke Melaka iaitu seramai 179,835 orang atau 2.76%. Walaubagaimanapun, kedatangan pelancong asing mengalami penurunan berbanding pada tempoh yang sama tahun 2014 iaitu
seramai 4,501 orang atau 0.16%.
Lima buah negara yang
merupakan pasaran pelancong asing terbesar ialah Singapura (872,964 orang atau
31.22%), diikuti China (588,781 orang atau 21.05%), Indonesia (368,104 orang atau
13.16%), Taiwan (91,490 orang atau 3.27%), dan Vietnam (75,750 orang atau
2.71%). Singapura merupakan
pasaran terbesar bagi pelancong
asing untuk tempoh tersebut.
Dari segi pecahan
pelancong domestik yang mengunjungi Melaka,langor mengungguli syer pelancong domestik dengan mencatatkan
kedatangan seramai 988,806 orang
atau 14.77%, diikuti dari Kuala Lumpur seramai 930,179 orang atau 13.89% dan Johor di
tangga ketiga dengan jumlah pelancong seramai 752,889 orang atau 11.24%.
Saya harapkan
penganjuran program ini akan menyemarakkan lagi aktiviti pelancongan Negeri
Melaka di samping membantu Abang Yazit mendapat dana untuk rawatannya. Kita
percaya program seperti ini juga mampu menarik kehadiran pelancong ke Negeri
Melaka di dalam usaha kita menarik 16 juta pelancong pada tahun ini.