MELAKA TOURISM

Wednesday 24 October 2012

MELAKA 750 YEARS OPEN Golf Tournament

The MELAKA 750 YEARS OPEN Golf Tournament, is organized by the State Government of Melaka in association with Persatuan Golf Negeri Melaka (PGNM) and sanctioned by the Malaysian Golf Association (MGA). 
This tournament is organized in conjuction with 750th Celebration of the Founding of Melaka Historical City.
The date of the tournament will be on Sunday 11 November, 2012; Tee-off at 12.30 pm on SHOT GUN Start from all points.
The venues will be at Ayer Keroh Country Club (AKCC), A'Famosa Golf Resort, ORNA Country Club and Tiara Melaka.

More, click HERE.

Monday 22 October 2012

19 Okt 2012 - Majlis Makan Malam Taman Seribu Bunga

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri Melaka untuk menganjurkan Majlis Makan Malam Taman Seribu Bunga Bersama Tuan Yang Terutama Negeri Melaka Bersempena Sambutan Melaka 750 Tahun yang diadakan pada 19 Oktober 2012, hari Jumaat yang bertempat di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.

Majlis itu dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang Di-Pertua Negeri Melaka dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Dato' Zurina Binti Kassim.

Turut sama memeriahkan majlis itu adalah YAB Datuk Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri, YB Dato' Seri Dr. Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan Malaysia, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Melaka, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat dan tetamu jemputan.

Majlis yang julung kali diadakan di Taman Seribu Bunga itu bertujuan untuk menarik pelabur asing datang melabur di negeri Melaka, mempromosikan kawasan pelancongan yang terus menjadi pilihan pelancong tempatan dan asing serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara para pemimpin kerajaan, ketua-ketua jemputan, rakan media cetak dan media elektronik termasuk para pelabur yang diundang khas oleh kerajaan negeri.














Pictures source: minaqjinggo