MELAKA TOURISM

Thursday 26 October 2017

THE ORCHARD WELLNESS & HEALTH RESORT MALAYSIA




RAWATAN DALAM KEDAMAIAN

THE ORCHAD WELLNESS & HEALTH RESORT
63, Jalan Solok Uban,
Kampung Brisu, Lubok China,
78100, Melaka.

PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU-LAGU ASLI DAN PERTANDINGAN TARIAN RAMPAIAN ETNIK MELAKA 2017

Mempunyai bakat dalam nyanyian lagu asli?
Mempunyai kumpulan tarian tradisional?

Anda berbakat dalam bidang nyanyian dan juga tarian etnik Melaka. Apa kata hadirkan diri ke Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu Asli Temasya Budaya Melaka 2017 dan Pertandingan Tarian Rampaian Etnik Melaka 2017 yang akan berlangsung di Perkarangan Kota A'Famosa Banda Hilir.

Untuk maklumat lanjut , sila hubungi Tourism Melaka di talian 06-232 8402

JOM SERTAI PERTANDINGAN KAMI BERSEMPENA TEMASYA BUDAYA MELAKA 2017 

🎉🎉🎉
💐PERTANDINGAN TARIAN RAMPAIAN ETNIK MELAKA💐 
PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU-LAGU ASLI



OLD MELAKA HERITAGE TOUR



JEJAK WARISAN MELAKA LAMA /
OLD MELAKA HERITAGE TOUR
Diadakan setiap Hari Selasa, Khamis dan Sabtu, mulai jam 9.30 pagi. Pelancong akan dibawa oleh pemandu pelancong bertauliah melawat dan menjejaki tapak-tapak warisan Melaka (dengan berjalan kaki).
Penyertaan lawatan ini adalah percuma!
Perjalanan adalah seperti berikut :
1. Kompleks Stadthuys (Victoria Fountain, Christ Church, Jam Besar)
2. Muzium TYT Melaka
3. Bukit St Paul
4. Porta De Santiago (Kota A'Famosa)
5. Muzium Kesultanan Melayu Melaka
6. Memorial Kemerdekaan
7. Kompleks Sejarah (Bastion House, Muzium Setem, Muzium Islam, Muzium Rakyat)
8. Kota Federick Hendrick, Kota Middlersburg
9. Sungai Melaka
10. Kuil Sri Poyatha
11. Masjid Kampung Keling
12. Berakhir di Tokong Cheng Hoon Teng
(penerangan hanya di luar dan tidak masuk dalam bangunan muzium)
Pelancong yang berminat boleh mendaftar di Pusat Penerangan Pelancong di Jalan Kota mulai jam 9.00 pagi pada hari program.

Temasya Budaya Melaka 2017


YBhg Datuk / Tuan / Puan dijemput menghadiri Temasya Budaya Melaka 2017 di Kota A’ Famosa, Jalan Kota Bandar Hilir pada 3 hingga 5 November 2017, 9.00 pagi hingga 11.00 malam.

Pelbagai program kebudayaan diadakan yang pastinya memeriahkan hujung minggu anda diantaranya Festival Perkahwinan Melaka, Battle of Joget, Pertandingan Ratu Kebaya Nyonya, Terompah Walk dan banyak lagi.  

Anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan Temasya Budaya Melaka 2017.











Wednesday 11 October 2017

Resort Pilihan Keluarga

Taman tema air ini terbuka kepada penginapan resort mahupun orang awam dan dibuka bermula dari jam 9.00 pagi pada hari biasa dan seawal 8.00 pagi pada hujung minggu.Harga tiket masuk juga berpatutan iaitu RM 22.00 bagi tiket dewasa, RM 16.00 kanak – kanak di bawah umur 12 tahun pada hari biasa.Pada hari minggu atau cuti sekolah pula, tiket dewasa adalah RM 28.00 dan RM 20.00 untuk kanak-kanak. 
Bagi pengujung yang sukakan sedikit cabaran, apa kata kita cuba aktiviti memanah.Aktiviti memanah dan memancing yang terdapat di sini dapat membina konsentrasi dan kesabaran.Harga yang dikenakan untuk memanah amatlah berpatutan iaitu Rm10.00 untuk 12 anak panah dan RM 15.00 bagi 24 batang anak panah.Kaki pancing juga dijemput untuk mengail udang sebesar tapak tangan anda dengan harga RM 25.00 sejam dengan joran dan umpan.

Friday 6 October 2017

MELAKA TEATER


Saksikan persembahan Teater Tun Fatimah, Srikandi Empayar Melaka yang akan dipentaskan pada 20 & 21 Oktober 2017 (Jumaat & Sabtu) bertempat di Panggung Bangsawan Melaka mulai jam 8.00 malam

Tiket boleh ditempah melalui 0166009282 (Jaja), 0176463816 (Hamime) atau melalui kaunter pejabat Perbadanan Ketua Menteri Melaka di Aras Bawah, Menara MITC, AyerKeroh Melaka mulai jam 8.30 pagi - 5.30 petang.