Kerajaan Negeri Melaka melalui Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka akan mengadakan program Sambutan Malam Tujuh Likur di Pusat Bantuan Pelancong, Ayer Keroh Melaka. Tujuan program ini diadakan bagi meraikan kepulangan perantauan yang pulang ke Negeri Melaka yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma di samping mempromosikan Negeri Melaka sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang mesti dilawati semasa bulan perayaan. Acara kemuncak program akan menyaksikan YAB Ketua Menteri Melaka mengedarkan Pek Hari Raya kepada pelancong dan pengguna lebuh raya Tol Ayer Keroh bermula pada jam 10.30 malam.
TARIKH : 13 JULAI 2015 ( ISNIN)
MASA : 2.00 PETANG – 11.30 MALAM
TEMPAT : PUSAT BANTUAN PELANCONG
Majlis Sambutan Malam 7 Likur Negeri Melaka 2015 diserikan dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Harun |
antara yang sempat dirakamkan |
No comments:
Post a Comment