Monday, 12 November 2012
Mari Bercuti Bersama Boboi Boy di Melaka Wonderland 16~18 Nov 2012
Nak berjumpa dengan Boboiboy, Yaya, Ying dan Gopal...!!!! Sertai Karnival Boboiboy di Melaka Wonderland pada 16 hingga 18 November 2012. Keterangan lanjut sila hubungi 06-2313333 / 1119 & 1115 atau klik di SINI atau Facebook
Selamat Hari Deepavali 2012
Warga kerja Bahagian Promosi Pelancongan Jabatan Ketua Menteri Melaka mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia dan seantero dunia
Friday, 9 November 2012
Malaysia diiktiraf penerajui homestay di ASEAN
Malaysia diiktiraf penerajui homestay di ASEAN
Malaysia kini muncul negara peneraju industri homestay di ASEAN berdasarkan kualiti serta impak yang dihasilkan produk pelancongan berkenaan dalam meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk luar bandar.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pelancongan/20121107/pl_01/Malaysia-diiktiraf-penerajui-homestay-di-ASEAN#ixzz2BgN7IFXM
© Utusan Melayu (M) Bhd

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, selaras dengan pencapaian itu, ASEAN kini bukan sahaja mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang patut dicontohi tetapi berminat untuk mendalami industri homestay negara.
"Berdasarkan inovasi yang kita laksanakan dalam bidang homestay ini, Malaysia kini menerajui produk pelancongan berasaskan homestay di ASEAN. Homestay kita sudah diiktiraf oleh ASEAN sebagai program yang amat berjaya," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pelancongan/20121107/pl_01/Malaysia-diiktiraf-penerajui-homestay-di-ASEAN#ixzz2BgN7IFXM
© Utusan Melayu (M) Bhd
Hutan rekreasi tarik pelancong
Hutan rekreasi tarik pelancong
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20121109/ws_01/Hutan-rekreasi-tarik-pelancong#ixzz2BgGUjXXK
© Utusan Melayu (M) Bhd
| R. PERUMAL (kiri) meninjau persekitaran dan kemudahan yang disediakan buat pengunjung di Taman Negeri Melaka di Hutan Simpan Kekal Bukit Sedanan, Jasin. |
Kumpulan Melaka Bhd. (KMB) yang mengendalikan enam hutan rekreasi di negeri ini diingatkan melipatgandakan usaha mempromosikan lokasi berkenaan bagi menarik lebih ramai pengunjung dalam dan luar negara.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, hutan rekreasi yang terdapat di negeri ini mempunyai potensi dikembangkan sebagai salah satu produk pelancongan baru yang dilihat mampu memberikan pengalaman yang unik kepada para pengunjungnya.
Menurutnya, kerjasama dengan pelbagai agensi lain, jabatan kerajaan dan swasta merupakan langkah awal bagi menghidupkan hutan-hutan rekreasi berkenaan melalui penganjuran program perkhemahan dan kursus.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20121109/ws_01/Hutan-rekreasi-tarik-pelancong#ixzz2BgGUjXXK
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thursday, 8 November 2012
Melaka destinasi terbaik bantu promosi makanan Perlis
Melaka destinasi terbaik bantu promosi makanan Perlis

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20121107/ws_07/Melaka-destinasi-terbaik-bantu-promosi-makanan-Perlis#ixzz2BcftIh00
© Utusan Melayu (M) Bhd
Melaka yang terkenal sebagai pusat pelancongan di negara ini dilihat destinasi paling ideal bagi usaha memperkenal dan mempromosikan makanan utara terutamanya dari Perlis.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, Melaka disenaraikan sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah merekodkan kehadiran pelancong yang cukup tinggi setiap tahun.
Titah baginda, pelancong dari dalam mahupun luar negara yang datang ke Melaka diharap mendapat pendedahan mengenai Promosi Makanan dan Kebudayaan Perlis yang sedang dijalankan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20121107/ws_07/Melaka-destinasi-terbaik-bantu-promosi-makanan-Perlis#ixzz2BcftIh00
© Utusan Melayu (M) Bhd
Kedutaan luar dipelawa anjur festival kebudayaan
Kedutaan luar dipelawa anjur festival kebudayaan
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20121108/ws_03/Kedutaan-luar-dipelawa-anjur-festival-kebudayaan#ixzz2BceH8pSo
© Utusan Melayu (M) Bhd
MELAKA 7 Nov. - Kerajaan negeri mempelawa negara-negara yang mempunyai pejabat kedutaan di Malaysia mengadakan minggu festival kebudayaan masing-masing di sini dalam usaha merancakkan industri pelancongan negeri.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sehingga awal November, lebih 12.5 juta pelancong telah berkunjung ke negeri ini yang melepasi catatan pada 2011 dan jumlah tersebut dijangka meningkat menjelang hujung tahun.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20121108/ws_03/Kedutaan-luar-dipelawa-anjur-festival-kebudayaan#ixzz2BceH8pSo
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)