The Touch City atau dahulunya dikenali sebagai Auyin
Hill merupakan sebuah pusat pelancongan yang memaparkan landskap dan seni
budaya pelbagai kaum melalui konsep edutourism
atau Pelancongan Pendidikan.
The Touch City dibangunkan semula dan telah dibuka kepada orang ramai pada 9 September
2016 dengan konsep baru di bawah pengasasnya En Chong Wee Chau. Terletak di
Durian Tunggal, Melaka, The Touch City
dijenamakan semula melalui pendekaran pendidikan yang unik bagi mengukuhkan
lagi pendirian seni budaya masyarakat terutamanya bagi golongan anak muda.
Melalui 5 konsep
utama pusat ini, The Touch City
diibaratkan sebuah lokasi pelancongan pendidikan yang menarik dan berinformasi
dan amat sesuai untuk keluarga dan pelajar. Melalui konsep budaya, operasi pusat ini memfokuskan kepada
pendedahan seni budaya masyarakat berbilang kaum kepada pelawatanya dengan
menghidupkan kembali nilai-nilai moral tanpa mengira bangsa. Ia juga turut
menjadi sebuah pusat rekreasi dan taman tema yang berpaksikan seni dan budaya
bagi membolehkan pelawat dan pelancong mempelajari tentang sejarah dan budaya
Negeri Melaka.
Dengan harga tiket
masuk bermula dari RM20 sehingga RM36 seorang, The Touch City menawarkan 36 tarikan utama dengan pemandangan yang
sangat indah. Pintu Gerbang Men Zhi telah direkodkan dalam Melaka Book Of Record pada 90-an yang merupakan
perkataan Men terbesar di Melaka pada
ketika itu. Patung Empayar Naga atau The
Imperial of Dragon merupakan salah satu simbol terbesar di The Touch City kerana idea penciptaannya
datang dari pengasasnya sendiri. Pengasasnya telah bermimpi naga terbang ke
arah langit, dan ini telah memberi inspirasi kepada beliau untuk membina sebuah
patung naga di situ. Naga Penyu atau The
Turtle Dragon merupakan salah satu simbol lagenda Cina dengan kepala naga
dan badannya penyu. Penyu melambangkan kelanjutan usia manakala naga pula
melambangkan kejayaan, keberanian dan keazaman. Bagi Naga penyu itu sendiri, ia
menunjukkan tanggungjawab, kesabaran, panjang umur dan berstatus. Simbol Naga
penyu di pusat ini mempamerkan wawasan pengasas pusat ini yang telah diukir
pada papan tanda batu yang mana mencerminkan kepentingan hidup dalam perpaduan,
keikhlasan dan kebaikan yang dipercayai kualiti seperti ini boleh membentuk
kehidupan yang amandamai dan harmoni. Selain itu, lain-lain monumen yang
terdapat disini adalah seperti Filial
Obedience, Skyway, The Harmonious Mean, North South Star Pavilion, Tea Station,
Whistling Bamboo Pergola dan lain-lain lagi.
Untuk pelancong
yang ingin melawat pusat ini, The Touch
City menawarkan ruang parkir yang luas dan selesa untuk pengunjungnya.
Selain itu, bagi tetamu yang ingin mengadakan pelbagi majlis, pusat ini turut
menawarkan Khemah Mongolia, Restoran Mun untuk pengamal vegetarian , ruang pentas yang besar, pusat pameran , padang TaiChi
dan banyak lagi. Pusat Herba juga turut disediakan di dalam pusat ini bagi
pengunjung-pengunjung yang ingn mendapatkan herba-herba perubatan Cina. Bagi
yang ingin membawa pulang tanda ingatan untuk ahli keluarga dan rakan-rakan,
Kedai Cenderamata turut disediakan di sini.
Bagi penggemar
fotografi, apa kata tambah The Touch City
di dalam senarai lokasi fotografi di Melaka . Anda pasti teruja dengan tarikan
pemandangan yang indah dan berlainan dari lokasi yang ada di Melaka. Bagi yang
ingin mengadakan lawatan sambil belajar, lawatan teknikal, aktiviti sukan dan
rekreasi, acara tahunan mahupun sambutan ulangtahun dan hari jadi, apakata kali
ini anda cuba The Touch City pula.
Bagi yang pernah melawat pusat ini, apa kata kongsikan gambar anda bersama
keluarga dan rakan-rakan dengan kapsyen menarik di instagram kami kerana
kitakan #fabulousmelaka!
The Touch City
MC. 13, Simpang
gading,
76100, Durian
Tunggal,
Melaka
web : www.tsenchern.com
Tel : 06-5530555,
012-6354303
Masa Operasi :
10pagi – 6ptg
No comments:
Post a Comment