MELAKA TOURISM

Monday, 4 January 2016

KEPUTUSAN RASMI PEMENANG #fabulousmelaka INSTAGRAM PHOTO CONTEST






Kerajaan Negeri Melaka melalui Bahagian Promosi Pelancongan telah menganjurkan Pertandingan Fotografi Instagram #fabulousmelaka  yang telah berlangsung pada 22 hingga 29 Disember 2015 secara atas talian (online) melalui Instagram @TourismMelaka.

Pertandingan Fotografi Instagram #fabulousmelaka  merupakan salah satu aktiviti sempena Minggu Pelancongan Melaka yang dilaksanakan pada 31 Disember 2015 bagi menggalak perkongsian foto secara kreatif melalui aplikasi sosial Instagram dan secara tidak langsung meningkatkan jumlah followers Instagram @TourismMelaka. Para peserta yang menyertai pertandingan ini dikehendaki memuatnaik foto kreatif mereka yang bermotifkan pelancongan Melaka sama ada destinasi, makanan, gaya hidup , aktiviti, percutian dan lain-lain dengan menggunakan hashtag #fabulousmelaka dan #tourismmelaka.

Mengulas mengenai usaha promosi berterusan Pelancongan Melaka melalui aplikasi media sosial, Puan Norena Jaafar , Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan yang ditemui ketika sesi penjurian pertandingan tersebut berkata, sepanjang tempoh 8 hari pertandingan , penyertaan dari orang ramai adalah sangat menggalakkan lebih-lebih lagi pada hari terakhir pertandingan dan terdapat peningkatan yang sangat ketara dari segi followers di Instagram @TourismMelaka. Usaha ini bakal diteruskan lagi pada tahun 2016 dengan beberapa tema dan kempen baru selaras dengan penjenamaan  logo korporat terkini Bahagian Promosi Pelancongan yang lebih segar, aktif , mantap dan mesra pelanggan. 

Melalui media sosial, sebarang informasi terkini mengenai pelancongan Melaka dapat disalurkan dengan mudah dan cepat kepada orang ramai dan perkongsian foto-foto mereka dapat menggalakkan pelancong domestik dan antarabangsa  berminat untuk berkunjung dan melancong ke Negeri Melaka 

















No comments:

Post a Comment