FEDERAL TYRES DRIFT KING OF NATIONS DRIFT CHAMPIONSHIP ROUND 2 MALAYSIA
YAB Datuk Seri Ir. Hj Ideris Bin Hj Haron telah merasmikan Federal Tyres Drift King Of Nations Drift Championship Round 2 Malaysia pada 27 Mac 2016 pada jam 2.00 petang di Grandstand Melaka International Motorsport Circuit (MIMC), Ayer Keroh, Melaka. Pertandingan Drift berstatus antarabangsa yang julung-julung kali diadakan di Malaysia khasnya Negeri Melaka disertai oleh 49 peserta yang terdiri daripada para peserta dari negara kita Malaysia, Singapura, Indonesia, Australia, China, Hong Kong, Brazil, Kuwait, dan Perancis. Kejohanan ini mendapat sokongan padu daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Kerajaan Negeri Melaka dan Tourism Melaka. Federal Tyres Exquisite Motorsports Club sebagai pemegang lesen penganjuran benua Asia dan bagi kejohanan kali ini Gz One Multibiztech & Extreme Brothers serta ditaja oleh Jopana.my & DMS 360. Kejohanan ini mendapat liputan meluas ke seluruh negara terutama oleh Facebook page King of Europe - European Drift Championship yang mempunyai pengikut seramai 1.2 juta orang dari seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment