Kerajaan Negeri Melaka menyertai Misi Galakan Pelaburan & Pelancongan Kerajaan Negeri Melaka ke Wilayah Guandong, China bermula pada 17 hingga 21 Mac 2016. Objektif misi galakan tersebut adalah untuk mempromosikan Negeri Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan terunggul di dunia selaras dengan temanya Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO. Ia juga bertujuan untuk menarik lebih ramai palancong asing ke Melaka dengan sasaran 40% daripada 16.5 juta pelancong terdiri daripada pelancong asing pada tahun ini.
No comments:
Post a Comment