MELAKA TOURISM

Wednesday 8 March 2017

THE TOUCH CITY KAYA DENGAN FENG SHUI DAN SENI BUDAYA MASYARAKAT CINA





The Touch City atau dahulunya dikenali sebagai Auyin Hill merupakan sebuah pusat pelancongan yang memaparkan landskap dan seni budaya pelbagai kaum melalui konsep edutourism atau Pelancongan Pendidikan.



The Touch City dibangunkan semula dan telah dibuka kepada orang ramai pada 9 September 2016 dengan konsep baru di bawah pengasasnya En Chong Wee Chau. Terletak di Durian Tunggal, Melaka, The Touch City dijenamakan semula melalui pendekaran pendidikan yang unik bagi mengukuhkan lagi pendirian seni budaya masyarakat terutamanya bagi golongan anak muda.

Melalui 5 konsep utama pusat ini, The Touch City diibaratkan sebuah lokasi pelancongan pendidikan yang menarik dan berinformasi dan amat sesuai untuk keluarga dan pelajar. Melalui konsep budaya,  operasi pusat ini memfokuskan kepada pendedahan seni budaya masyarakat berbilang kaum kepada pelawatanya dengan menghidupkan kembali nilai-nilai moral tanpa mengira bangsa. Ia juga turut menjadi sebuah pusat rekreasi dan taman tema yang berpaksikan seni dan budaya bagi membolehkan pelawat dan pelancong mempelajari tentang sejarah dan budaya Negeri Melaka. 







Dengan harga tiket masuk bermula dari RM20 sehingga RM36 seorang, The Touch City menawarkan 36 tarikan utama dengan pemandangan yang sangat indah. Pintu Gerbang Men Zhi  telah direkodkan dalam Melaka Book Of Record pada 90-an yang merupakan perkataan Men terbesar di Melaka pada ketika itu. Patung Empayar Naga atau The Imperial of Dragon merupakan salah satu simbol terbesar di The Touch City kerana idea penciptaannya datang dari pengasasnya sendiri. Pengasasnya telah bermimpi naga terbang ke arah langit, dan ini telah memberi inspirasi kepada beliau untuk membina sebuah patung naga di situ. Naga Penyu atau The Turtle Dragon merupakan salah satu simbol lagenda Cina dengan kepala naga dan badannya penyu. Penyu melambangkan kelanjutan usia manakala naga pula melambangkan kejayaan, keberanian dan keazaman. Bagi Naga penyu itu sendiri, ia menunjukkan tanggungjawab, kesabaran, panjang umur dan berstatus. Simbol Naga penyu di pusat ini mempamerkan wawasan pengasas pusat ini yang telah diukir pada papan tanda batu yang mana mencerminkan kepentingan hidup dalam perpaduan, keikhlasan dan kebaikan yang dipercayai kualiti seperti ini boleh membentuk kehidupan yang amandamai dan harmoni. Selain itu, lain-lain monumen yang terdapat disini adalah seperti Filial Obedience, Skyway, The Harmonious Mean, North South Star Pavilion, Tea Station, Whistling Bamboo Pergola dan lain-lain lagi.

Untuk pelancong yang ingin melawat pusat ini, The Touch City menawarkan ruang parkir yang luas dan selesa untuk pengunjungnya. Selain itu, bagi tetamu yang ingin mengadakan pelbagi majlis, pusat ini turut menawarkan Khemah Mongolia, Restoran Mun untuk pengamal vegetarian , ruang pentas yang besar, pusat pameran , padang TaiChi dan banyak lagi. Pusat Herba juga turut disediakan di dalam pusat ini bagi pengunjung-pengunjung yang ingn mendapatkan herba-herba perubatan Cina. Bagi yang ingin membawa pulang tanda ingatan untuk ahli keluarga dan rakan-rakan, Kedai Cenderamata turut disediakan di sini.






Bagi penggemar fotografi, apa kata tambah The Touch City di dalam senarai lokasi fotografi di Melaka . Anda pasti teruja dengan tarikan pemandangan yang indah dan berlainan dari lokasi yang ada di Melaka. Bagi yang ingin mengadakan lawatan sambil belajar, lawatan teknikal, aktiviti sukan dan rekreasi, acara tahunan mahupun sambutan ulangtahun dan hari jadi, apakata kali ini anda cuba The Touch City pula. Bagi yang pernah melawat pusat ini, apa kata kongsikan gambar anda bersama keluarga dan rakan-rakan dengan kapsyen menarik di instagram kami kerana kitakan #fabulousmelaka!





The Touch City
MC. 13, Simpang gading,
76100, Durian Tunggal,
Melaka
web : www.tsenchern.com
Tel : 06-5530555, 012-6354303
Masa Operasi : 10pagi – 6ptg