MELAKA TOURISM

Monday 30 November 2015

MELAKA INTERNATIONAL F3000 POWERBOAT CHAMPIONSHIP 2015 - 5-6 DISEMBER2015

KEJOHANAN BOTLAJU (F3000) ANTARABANGSA MELAKA 2015
(MELAKA INTERNATIONAL F3000 POWERBOAT CHAMPIONSHIP 2015)






 KERAJAAN NEGERI MELAKA MELALUI BAHAGIAN PROMOSI PELANCONGAN (BPP), JABATAN KETUA MENTERI MELAKA DENGAN KERJASAMA PERSATUAN PERMOTORAN INTEGRASI 1 MALAYSIA, KEMENTERIAN PELANCONGAN & KEBUDAYAAN MALAYSIA DAN KEMENTERIAN BELIA & SUKAN MALAYSIA AKAN MENGANJURKAN ‘MELAKA INTERNATIONAL F3000 POWERBOAT CHAMPIONSHIP 2015’ BUAT KALI KEDUA DI TELUK PANTAI, DATARAN 1 MALAYSIA, KLEBANG, MELAKA PADA 5 HINGGA 6 DISEMBER 2015;


MAJLIS PERASMIAN AKAN DISEMPURNAKAN OLEH YAB DATUK SERI Ir. HJ. IDRIS BIN HJ. HARON, KETUA MENTERI MELAKA PADA  6 DISEMBER 2015 (AHAD), JAM 4.30 PETANG;


KEJOHANAN BOT LAJU F3000 ADALAH MERUPAKAN ACARA SUKAN AIR BERMOTOR YANG BERPRESTIJ DAN BERPRESTASI TINGGI MAMPU MENARIK KUNJUNGAN PELANCONG KHUSUSNYA PEMINAT SUKAN AIR EXTREME KE NEGERI MELAKA;

PENGANJURAN BOT LAJU F3000 INI TELAH DIIKTIRAF OLEH PERSATUAN SUKAN AIR BERMOTOR MALAYSIA (PESUAM) SEBAGAI ‘FEEDER CLASS’ DI MANA KEJOHANAN INI AKAN MENJADI ASAS BAGI PEMILIHAN PASUKAN 1 MALAYSIA UNTUK MEWAKILI NEGARA DI KEJOHANAN BOT LAJU ANTARABANGSA SEPERTI ‘F1 NATIONS CUP POWERBOAT CHAMPIONSHIP SERIES’


PENYERTAAN


‘MELAKA INTERNATIONAL F3000 POWERBOAT CHAMPIONSHIP 2015’ PADA KALI INI AKAN DISERTAI SEJUMLAH:-

SEMBILAN (9) PELUMBA DARI DALAM NEGARA IAITU MELAKA (1), JOHOR (2), TERENGGANU (2), SELANGOR (2), PULAU PINANG (1) DAN PERAK (1); DAN


ENAM (8) PELUMBA DARI LUAR NEGARA IAITU SINGAPURA, BRUNEI, AUSTRALIA, NEW ZEALAND, PAPUA NEW GUINEA, THAILAND, JERMAN DAN BRAZIL;


TRIBUTE TO THE LEGEND- YAZIT SEARCH @ HARD ROCK CAFE MELAKA , 5 Dec 2015

                                                      “Tribute To The Legend – Yazit Search”
                                     

5 Disember 2015
HARD ROCK CAFÉ MELAKA 
4:00 – 6:30petang 


                                                 



Showcase Dedikasi Khas Buat YAZIT SEARCH 
Di Hard Rock Cafe Melaka.



Semangatnya sebagai pemuzik yang tulen dan sejati memang sangat luar biasa. Dia tetap mahu beraksi dan menghasilkan pukulan-pukulan dram keramatnya, bayangkan dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, Yazit Ahmad, masih tetap mahu melantunkan pukulan dan stroke yang yang memang menjadi trademarknya di kalangan pengikut band muzik rock n roll gergasi Malaysia, Search.Bukan calang-calang pemuzik yang boleh berbuat demikian, namun sebagai seorang dram lagenda, dia secara tidak langsung telah menyedarkan kita semua khususnya di kalangan pemuzik baru yang sedang mencipta tentang apa itu perjuangan hidup yang sebenar. Perjuangan tidak akan pernah mati kalau kita terus berpegang kepada semangat juang yang tinggi begitu jugalah apa yang berlaku kepada Yazit.

Kesakitan yang dideritainya seakan tidak di rasa sewaktu beliau bermain dram mahupun beraksi di atas pentas malah menganggap ianya adalah terapi terbaik buat dirinya yang sedang sakit. Namun keadaan kesihatan yang membelenggu dirinya sedikit sebanyak membataskan dirinya untuk aktif seperti dahulu.Lantaran di atas dasar prihatin, pihak Neustrokes Communication dengan kerjasama Hard Rock Café Melaka akan mengadakan sebuah showcase istimewa, “Tribute To The Legend-Yazit Search”. Antara objektif utama showcase ini di adakan adalah untuk menambahkan dana bagi meringankan beban Yazit yang menghidap komplikasi sakit buah pinggang yang di deritai selama lebih 5 tahun.“Tribute To The Legend – Yazit Search” akan berlangsung pada 5 Disember ini. Showcase akan bermula pada jam 4.00 petang - 6.30 petang.


Bagi menjayakan program yang di rancang, beberapa artis akan membuat persembahan pada showcase yang akan berlangsung selama 3 jam. Antara artis yang terlibat adalah Kumpulan Search tribute band (band didikan Kumpulan SEARCH), Kelembai Band (Kumpulan viral laman sosial) dan Adik Hazury (penyanyi cilik bergitar viral laman sosial) serta rakan rakan artis lain.Penonton yang hadir juga akan dihiburkan dengan penampilan istimewa daripada Yazit Search sendiri bersama Omma Akira, Boy Raven Aruna (Singapore) dan Yan Lefthanded dalam segmen Otai Jamming Session. Peminat yang ingin menyaksikan persembahan eksklusif ini boleh mendapatkan tiket yang berharga RM50.00 yang boleh di dapati di Hard Rock Café Melaka atau boleh membuat tempahan dengan melayari FB: Tribute To The Legend Yazit Search @ Hard Rock Cafe MelakaPeminat juga boleh mendapatkan set cenderahati terhad bersempena dengan showcase itu nanti. Sebarang pertanyaan tentang Tiket dan Cenderamata boleh diajukan melalui Whatapss 017-315 1506 (En Adie).

Selain itu, sempena Program Amal Showcase “Tribute to the Legend – Yazit Search”, Kerajaan Negeri Melaka turut berbesar hati apabila dapat bersama-sama membantu dalam menjayakan program ini.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Melaka Sentral yang sudi menyediakan Bas Panorama Elektrik untuk digunakan oleh para artis dan krew untuk mengadakan Lawatan Khas di Produk-Produk Pelancongan Negeri Melaka. Di antara produk pelancongan yang akan terlibat adalah Kompleks Stadhuys, Kota A’Famosa, Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan, Melaka River Cruise dan sebagainya.

Selain itu, kita turut berbesar hati apabila pihak Melaka Straits Hotel & The Trend Hotel yang sudi menaja penginapan bagi artis dan krew untuk Program Amal Showcase “Tribute to the Legend – Yazit Search” ini. Terima kasih diucapkan.


Untuk makluman bagi tempoh lapan bulan pertama pada tahun 2015 ini, (Jan. – Ogos 2015) seramai 9,491,261 orang pelancong telah melawat Melaka berbanding 9,315,927 orang pada tempoh yang sama tahun 2014; mengalami peningkatan sebanyak 175,334 orang atau 1.88%. Peningkatan ini disumbang oleh penambahan kedatangan pelancong domestik ke Melaka iaitu seramai 179,835 orang atau 2.76%. Walaubagaimanapun, kedatangan pelancong asing mengalami penurunan berbanding pada tempoh yang sama tahun 2014 iaitu seramai 4,501 orang atau 0.16%.

Lima buah negara yang merupakan pasaran pelancong asing terbesar ialah Singapura (872,964 orang atau 31.22%), diikuti China (588,781 orang atau 21.05%), Indonesia (368,104 orang atau 13.16%), Taiwan (91,490 orang atau 3.27%), dan Vietnam (75,750 orang atau 2.71%). Singapura merupakan pasaran terbesar bagi pelancong asing untuk tempoh tersebut.

Dari segi pecahan pelancong domestik yang mengunjungi Melaka,langor mengungguli syer pelancong domestik dengan mencatatkan kedatangan seramai 988,806 orang atau 14.77%, diikuti dari Kuala Lumpur seramai 930,179 orang atau 13.89% dan Johor di tangga ketiga dengan jumlah pelancong seramai 752,889 orang atau 11.24%.

Saya harapkan penganjuran program ini akan menyemarakkan lagi aktiviti pelancongan Negeri Melaka di samping membantu Abang Yazit mendapat dana untuk rawatannya. Kita percaya program seperti ini juga mampu menarik kehadiran pelancong ke Negeri Melaka di dalam usaha kita menarik 16 juta pelancong pada tahun ini.


FREEPORT A'FAMOSA OUTLET VILLAGE


LOVE OUTLET,
LOVE STYLE

Welcome to the new shopping avenue in Melaka, Freeport A'Famosa Outlet Village . Located besides of A'Famosa Resort, Alor Gajah,  brought the outlet format which comprises lots of international brands to the visitors. . Phase 1 Village has been opened to public last 28th November 2015 and scheduled to be full operated by 5th December 2015. 














































































Thursday 26 November 2015

ASIAN AVENUE, THE SHORE SHOPPING GALLERY

ASIAN AVENUE comprises rows of small shop-lots selling clothes, accessories, vintage items etc

Located at 2nd Floor at The Shore Shopping Gallery, Asian Avenue is a 'Walk to Memory Lane' lovers. 















MALAYSIA CRAFT PROMOTION 2015






PULAU MELAKA TIME ATTACK - 5 DEC 2015

Sprint Race : PULAU MELAKA TIME ATTACK 
5 DECEMBER 2015 
Pulau Melaka 

KARNIVAL BUDAYA - Di Sini Semaraknya Seni Budaya


KARNIVAL BUDAYA 
5 & 6 Disember 2015 
Perkampungan Hang Tuah, Melaka 


OFFICIAL VISIT H.E LI KEQIANG TO MELAKA