MELAKA TOURISM

Friday 20 November 2015

MAJLIS SIDANG MEDIA SEMPENA PROMOSI KRAF MALAYSIA 2015 : 26 -30 NOVEMBER 2015


Sekitar Majlis Sidang Media Promosi Kraf Malaysia peringkat Negeri Melaka 2015 oleh YB Datuk Hj. Ghazale Muhamad, Timbalan EXCO Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau Melaka. Turut hadir sama Puan Norena Jaafar , Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka dan En So'hibul Azri, Pengarah Kompleks Kraf Melaka 


Promosi Kraf Malaysia 2015 yang akan berlangsung dari 26 - 30 November 2015 di Kompleks Kraf Melaka bakal disertai seramai 33 usahawan kraf dari seluruh Malaysia yang terdiri daripada 10 usahawan kraf tekstil, 7 usahawan hasil rimba, 6 usahawan aneka kraf dan 10 usahawan lagi dari bidang kraf logam, hasil tanah dan seni catan.

Promosi ini mengetengahkan pelbagai aktiviti menarik iaitu pameran kraf, demonstrasi kraf, interaktif kraf dan jualan produk kraf dari pelbagai bidang. Disamping itu, diselitkan juga beberapa aktiviti galakan pengunjung seperti persembahan kebudayaan, pertandingan, demonstrasi masakan kuih tradisional, ceramah agama, persembahan qasidah dan demontarasi lukisan karikatur.


Semua dijemput hadir dan sokonglah produk kraf tempatan.































No comments:

Post a Comment