Showing posts with label Sales Mission to Pekanbaru. Show all posts
Showing posts with label Sales Mission to Pekanbaru. Show all posts
Friday, 11 September 2015
MELAKA ON NEWS : LAWATAN KERJA KERAJAAN NEGERI MELAKA KE PEKANBARU, RIAU DAN PALEMBANG, SUMATERA SELATAN PADA 7-10 SEPTEMBER 2015
SALES TRADE MISSION 2 : LAWATAN KERAJAAN NEGERI MELAKA KE PALEMBANG, SUMATERA SELATAN, INDONESIA PADA 8 -10 SEPTEMBER 2015
Selepas lawatan rasmi ke Pekanbaru, Riau Indonesia, program Sales Trade Mission 2 diteruskan ke Palembang , Sumatera Selatan, Indonesia pada 8 hingga 10 September 2015 di Hotel Aryaduta Palembang yang diketuai oleh YB Datuk Hj. Ghazale bin Muhamad, Timbalan EXCO Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-pulau Melaka.
Program Seminar Product Update dan Travel Mart telah diadakan pada 9 September 2015 di Pusat Konvensyen Hotel Aryaduta Palembang bermula pada jam 2:30 petang . Seramai 25 Agensi yang terdiri daripada Agensi Kerajaan, Pengusaha Hospital Swasta, Wakil IPT dan IPTS, Agen kembara dan Pengusaha Produk Pelancongan dari Melaka telah bertemu dengan lebih dari 100 pemain-pemain industri pelancongan dari Palembang.
YB Datuk Hj. Ghazale dan Puan Norena Jaafar, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan juga turut dijemput ke Radio El John , sebuah radio swasta di Palembang untuk diwawancara mengenai kerjasama pelancongan di antara Melaka dan Palembang
YB Datuk Hj Ghazale turut mengadakan kunjungan ke Galeri Melaka di Palembang bagi meninjau keadaan terkini galeri tersebut
SALES TRADE MISSION 1 : LAWATAN KERJA KERAJAAN NEGERI MELAKA KE PEKANBARU, RIAU, INDONESIA PADA 7 - 8 SEPTEMBER 2015
Kerajaan Negeri Melaka melalui Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka (Tourism Melaka) telah menganjurkan Program Lawatan Kerja ke Pekanbaru , Riau Indonesia pada 7 - 8 September 2015 yang lalu yang diketuai sendiri oleh YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka.
Selain memantapkan hubungan dua hala yang sedia terjalin antara Kerajaan Negeri Melaka dengan Pemerintah Provinsi Riau , program Sales Trade Mission ini juga bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama dan bertukar maklumat bagi merancakkan lagi industri pelancongan di kedua-dua buah negara selain mempromosikan produk-produk pelancongan terkini melaka di kalangan pengusaha pelancongan Riau , khususnya dalam Sub Sektor Kesihatan, Pendidikan , Sejarah dan Budaya.
Sebanyak 25 agensi yang berkaitan pelaburan dan pelancongan daripada Agensi Kerajaan, Pengusaha Hospital Swasta, Wakil IPTA/IPTS, Agen Kembara dan Pengusaha Produk Pelancongan telah turut serta di dalam program ini di mana business matching and networking session telah diadakan pada 7 September 2015 (Isnin) bersama lebih 120 orang pemain industri pelancongan dari Pekanbaru, Indonesia.
Ketua Menteri Melaka juga telah mengadakan Kunjung Hormat kepada YTH Gabenor Riau dan beliau dan semua delegasi dari Melaka telah diraikan di dalam sebuah Majlis Makan Malam di rumah YTH Gabenor Riau pada 7 September 2015.
Subscribe to:
Posts (Atom)