MELAKA TOURISM

Friday 11 September 2015

SALES TRADE MISSION 1 : LAWATAN KERJA KERAJAAN NEGERI MELAKA KE PEKANBARU, RIAU, INDONESIA PADA 7 - 8 SEPTEMBER 2015





Kerajaan Negeri Melaka melalui Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka (Tourism Melaka) telah menganjurkan Program Lawatan Kerja ke Pekanbaru , Riau Indonesia pada 7 - 8 September 2015 yang lalu yang diketuai sendiri oleh YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka. 


Selain memantapkan hubungan dua hala yang sedia terjalin antara Kerajaan Negeri Melaka dengan Pemerintah Provinsi Riau , program Sales Trade Mission ini juga bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama dan bertukar maklumat bagi merancakkan lagi industri pelancongan di kedua-dua buah negara selain mempromosikan produk-produk pelancongan terkini melaka di kalangan pengusaha pelancongan Riau , khususnya dalam Sub Sektor Kesihatan, Pendidikan , Sejarah dan Budaya.


Sebanyak 25 agensi yang berkaitan pelaburan dan pelancongan daripada Agensi Kerajaan, Pengusaha Hospital Swasta, Wakil IPTA/IPTS, Agen Kembara dan Pengusaha Produk Pelancongan telah turut serta di dalam program ini di mana business matching and networking session telah diadakan pada 7 September 2015 (Isnin) bersama lebih 120 orang pemain industri pelancongan dari Pekanbaru, Indonesia




















Ketua Menteri Melaka juga telah mengadakan Kunjung Hormat kepada YTH Gabenor Riau dan beliau dan semua delegasi dari Melaka telah diraikan di dalam sebuah Majlis Makan Malam di rumah YTH Gabenor Riau pada 7 September 2015. 


























No comments:

Post a Comment