MELAKA TOURISM

Wednesday 2 September 2015

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO BARU TOURISM MELAKA

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO BARU TOURISM MELAKA

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1.         Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia;

2.         Hasil ciptaan hendaklah asli dan bukannya saduran, penyesuaian atau ciplak;

3.      Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya ciptaan adalah tidak asli               sepertimana di dalam akuan dalam Borang Penyertaan;
4.      Hasil ciptaan hendaklah melambangkan bahawa Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) khasnya dan Melaka amnya sebagai sebuah organisasi di dalam sebuah negeri maju, diiktiraf sebagai bandar warisan oleh UNESCO dan terkenal dengan kepelbagaian produk pelancongan terunggul di Malaysia;

5.         Tema yang dicipta mestilah ringkas, padat dan bermakna sesuai membawa mood yang positif;

6.       Maksud mengenai logo, tema, bentuk dan warna yang digunakan hendaklah diterangkan dengan sejelasnya;

7.         Hanya satu ciptaan LOGO yang terbaik akan dipilih untuk memenangi pertandingan     ini dan akan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM500.00 dan barangan iringan (pihak penganjur berhak menukar atau mengubah barangan   tersebut kepada yang lebih sesuai) dan 2 hadiah saguhati;

8.         SEMUA CIPTAAN ADALAH HAK MILIK Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka dan penganjur berhak meminda mana-mana yang sesuai sama ada pada perkataan, tema atau logo jika diperlukan;

9.         Ahli Jawatankuasa Pertandingan, Panel Pengadil, Warga BPP dan keluarga TIDAK DIBENARKAN menyertai pertandingan ini; dan

10.       Semua penyertaan hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

URUSETIA PERTANDINGAN MEREKACIPTA LOGO BARU,
BAHAGIAN PROMOSI PELANCONGAN (BPP),
JABATAN KETUA MENTERI MELAKA,
ARAS 1, RUMAH MEDIA MELAKA, MITC CITY,
HANG TUAH JAYA, AYER KEROH,
75450 MELAKA.
              
Tel : 06 – 232 8402 , Fax : 06 – 232 8367
(Tn. Hj . Mohamad Isa Irin , 012 – 631 9534 )
Email : tourismmelaka2@gmail.com







Untuk muat turun borang penyertaan, sila right click  pada gambar dan save as / save image as  file tersebut




LOGO YANG DIGUNAKAN SEKARANG 


No comments:

Post a Comment