MELAKA TOURISM

Friday 11 September 2015

SALES TRADE MISSION 2 : LAWATAN KERAJAAN NEGERI MELAKA KE PALEMBANG, SUMATERA SELATAN, INDONESIA PADA 8 -10 SEPTEMBER 2015


Selepas lawatan rasmi ke Pekanbaru, Riau Indonesia, program Sales Trade Mission 2 diteruskan ke Palembang , Sumatera Selatan, Indonesia pada 8 hingga 10 September 2015 di Hotel Aryaduta Palembang yang diketuai oleh YB Datuk Hj. Ghazale bin Muhamad, Timbalan EXCO Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-pulau Melaka. 







Program Seminar Product Update dan Travel Mart telah diadakan pada 9 September 2015 di Pusat Konvensyen Hotel Aryaduta Palembang bermula pada jam 2:30 petang . Seramai 25 Agensi yang terdiri daripada Agensi Kerajaan, Pengusaha Hospital Swasta, Wakil IPT dan IPTS, Agen kembara dan Pengusaha Produk Pelancongan dari Melaka telah bertemu dengan lebih dari 100 pemain-pemain industri pelancongan dari Palembang. 























YB Datuk Hj. Ghazale dan Puan Norena Jaafar, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan  juga turut dijemput ke Radio El John , sebuah radio swasta di Palembang untuk diwawancara mengenai kerjasama pelancongan di antara Melaka dan Palembang 




YB Datuk Hj Ghazale turut mengadakan kunjungan ke Galeri Melaka di Palembang bagi meninjau keadaan terkini galeri tersebut







No comments:

Post a Comment