MELAKA TOURISM

Friday, 28 April 2017

TENGKOLOK MELAKA MENARIK PERHATIAN WARGA DUBAI

K

TANJAK,tengkolok atau destar merupakan penutup kepala tradisonal lelaki Melayu yang berkait rapat dengan istana, kepahlawanan atau sinonim dengan adat istiadat bangsa Melayu.Lazimnya ketiga-tiga penutup kepala itu dipakai bersama baju melayu dan kain sampin,keris dan capal.

Pada zaman dahulu, tanjak,tengkolok atau destar dipakai oleh golongan berbeza-beza mengikut status meskipun fungsi utamanya menutup kepala untuk aspek keselamatan serta tampil kemas.Misalnya, golongan petani sentiasa memakai destar sewaktu bekerja kerana ingin melindungi diri daripada panas terik.

Segelintir pihak menyifatkan tanjak biasa digunakan oleh golongan berpangkat tinggi dan pertengahan seperti laksamana serta bendahara

Secara ringkasnya perbezaan antara tengkolok,destar dan setanjak ialah :
Tengkolok  : Lilitan meruncing ke atas, lilitan berlapis ( tebal ) kain bermutu.
Destar        : Lilitan rendah dan nipis.
Setanjak     : Lilitan macam tengkolok, tetapi lebih ringkas dan nipis. 

Rekaan setanjak biasanya berkait rapat dengan status sipemakai.Apa yang dipakai rakyat biasa berbentuk simpulan dan diubahsuai dari rekaan asal yang dipakai oleh raja.Rakyat tidak boleh pakai bentuk tanjak yang sama dengan bentuk tanjak raja atau sultan

No comments:

Post a Comment