MELAKA TOURISM

Friday 12 October 2012

1 Ogos 2012 - Meraikan Pelancong di CIQ (Jeti Baru)@Banda Hilir

Kewujudan Kompleks Kuarantin Kastam dan Imigresen (CIQ) Melaka di Muara Sungai Melaka yang mula beroperasi sejak 1 Ogos juga telah menyerlahkan imej sebenar Melaka sebagai negeri maju yang memiliki kemudahan serba moden bertaraf antarabangasa.

Selain memiliki Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam, kini Melaka juga mempunyai kemudahan CIQ yang serba moden dan bertaraf dunia. Kewujudannya juga turut menyerlahkan imej sebenar Melaka sebagai negeri maju kearah menyediakan sistem perkhidmatan yang lebih selesa, termasuk kepada pelancong.

Sebanyak empat buah feri iaitu dua perjalanan ke Dumai dan dua ke Bengkalis akan beroperasi  setiap hari membawa 600 penumpang pergi dan balik. Ini bermakna, setahun ia menerima kemasukkan 72,000 pelancong dan pekerja. Namun dengan keluasan CIQ ini dan bilangan feri yang akan ditambah, ia boleh menampung satu juta (1,000,000) orang setahun.

CIQ Melaka akan diuruskan sepenuhnya oleh Perbadanan Pengurusan Pantai dan Sungai Melaka (PPPSPM).  




















No comments:

Post a Comment