MELAKA TOURISM

Monday 15 October 2012

7 Okt 2012. Sambutan Kepulangan Pelayaran Bersejarah Palembang-Melaka 2012@Dataran Sungai Melaka

KLD Tunas Samudera berada di Palembang pada 30 September lepas selepas belayar selama lima hari dari Melaka. Ekspedisi Pelayaran Bersejarah Palembang-Melaka yang membawa 25 anak kapal diketuai oleh Komander TLDM, Hazlan Hazumi bertujuan untuk mengimbas kembali sejarah pembukaan negeri itu oleh Parameswara yang berasal dari Palembang. 

Majlis sambutan ketibaan pelayaran diketuai Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan turut dihadiri kira-kira 500 rakyat berbilang bangsa dari pelbagai peringkat usia.

Ketibaan kapal tersebut turut diiringi dengan 100 bot nelayan di sekitar negeri ini.
Ekspedisi Pelayaran Bersejarah Melaka-Palembang-Melaka itu bermula dari muara Sungai Melaka pada 25 September lepas.

Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tiba di muara Sungai Melaka kira-kira 5 petang dengan diiringi lebih 100 buah perahu nelayan. Sebelum itu, Mohd Khalil Yaakob dan Mohd Ali Rustam menaiki Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pulau Besar yang tiba dari Palembang selepas berlayar dari Pelabuhan Boombaru, Palembang Indonesia pada 3 Oktober lepas

Bot pengiring sebanyak 100 buah

Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menaiki kereta kuda ke Dataran Sungai.


Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tiba di Dataran Sungai.















Kepulangan Kapal Layar Diraja Tunas Samudera yang membawa 25 peserta bagi misi Pelayaran Bersejarah Palembang - Melaka disambut meriah dengan diiringi lebih 100 buah perahu nelayan dari perairan Selat Melaka berhampiran Pulau Besar hingga ke Muara Sungai Melaka. Pelayaran yang bermula 25 September lalu sempena sambutan Melaka 750 tahun itu adalah bagi mengimbau kembali sejarah Kesultanan Melayu Melaka dengan menyusuri laluan yang pernah dilalui oleh Parameswara dari negeri ini ke Palembang, Indonesia.

Menariknya tentang upacara sambutan kepulangan KLD Tunas Samudera milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob menyambut kesemua peserta dengan sebuah bot berhias di perairan Selat Melaka sebelum mudik ke Muara Sungai Melaka. Kesemua peserta yang lengkap berpakaian hulubalang itu bersama Mohd. Khalil dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam kemudiannya diiring kira-kira 150 pesilat hingga ke Dataran Sungai Melaka bagi upacara perasmian.

Menurut Mohd. Ali, beliau melahirkan rasa syukur dengan kejayaan misi pelayaran itu yang dianggap bersejarah bagi negeri ini dan secara tidak langsung telah mengeratkan lagu hubungan dua hala antara Melaka dengan Indonesia. "Pelayaran bersejarah ini merupakan kesinambungan program yang diadakan bersempena sambutan ulang tahun Melaka ke-750 tahun semenjak empayar Kesultanan Melayu Melaka diasaskan tahun 1262. "Melalui pelayaran ini juga diharap mampu mengerat dan memperluas lagi rangkaian hubungan dua hala antara Melaka dengan Indonesia yang telah sedia terjalin sekian lama," katanya ketika berucap dalam majlis sambutan itu. 

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Othman Muhamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan; Warisan Negeri, Datuk Wira Latiff Tamby Chik; Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Jabatan Ketua Menteri Melaka, Encik Abdul Kadir Idris dan seluruh barisan Exco Kerajaan Negeri.

Mohd. Ali juga turut mengucapkan penghargaan tahniah kepada seluruh peserta yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan seperti Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka, Bahagian Promosi Pelancongan Jabatan Ketua Menteri Melaka, Bahagian Sahabat Belia Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Melaka Hari Ini  kerana berjaya menamatkan pelayaran tersebut. Program berkenaan memulakan pelayaran pulang dari pelabuhan Boom Baru, Pelembang pada 3 Oktober lalu yang dilepaskan Mohd. Khalil yang mengambil masa selama lima hari untuk tiba di perairan Selat Melaka. 

No comments:

Post a Comment