MELAKA TOURISM

Tuesday 1 December 2015

KARNIVAL BUDAYA ' DI SINI SEMARAKNYA SENI BUDAYA' - 5 & 6 DISEMBER 2015

KARNIVAL BUDAYA
' DI SINI SEMARAKNYA SENI BUDAYA'
5-6 DISEMBER 2015
PERKAMPUNGAN HANG TUAH, MELAKA 



PROMOSI KARNIVAL BUDAYA DI SELAMAT PAGI MALAYSIA 
1 DISEMBER 2015
8:30 PAGI





















Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka melalui Bahagian Promosi Pelancongan dan Perbadanan Muzium Negeri Melaka telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Karnival Budaya@Perkampungan Hang Tuah 2015 bagi memulihara dan menyemarakkan aktiviti seni warisan untuk tatapan pelancong dalam dan luar negara selain memberi penghargaan kepada tokoh seni dan budaya di Negeri Melaka.

Menggunakan tema “Disini Semaraknya Seni Budaya”, Perkampungan Hang Tuah dipilih sebagai tapak program yang merupakan satu destinasi pelancongan dalam rangka membantu promosi produk pelancongan Negeri Melaka.

Program yang berlangsung selama dua (2) hari ini iaitu pada 5 hingga 6 Disember 2015 bermula dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam ini. Program ini melibatkan penyertaan sebanyak 32 agensi kerajaan dan swasta dengan pengisian seperti Bazar Seni, Jualan Produk Kraf, Pelbagai Demonstrasi masakan dan jahitan dari etnik – etnik serta  pertandingan permainan tradisional dan juga pertandingan nyanyian lagu Irama Malaysia. Pelbagai hadiah istimewa menanti pengunjung bertuah.Program ini turut menampilkan satu kelainan dengan pengisian Majlis Santai Bersama TYT Yang di Pertua Negeri Melaka bersama aktivis seni budaya di Negeri Melaka yang akan diadakan pada 6 Disember 2015 jam 10.30 pagi. Turut menampilkan kemunculan artis jemputan kelahiran negeri Melaka.

Dengan pengisian yang sangat meriah ini merupakan satu lagi inisiatif dalam usaha merapatkan hubungan muhibah, menjalinkan kemesraan di samping merakyatkan aktiviti seni budaya kepada komuniti setempat serta apa yang lebih penting mengajak semua kelompok masyarakat dan peserta untuk sama-sama menghargai seni budaya tradisi di samping memupuk jati diri dan semangat mencintai seni dan budaya yang mengukuhkan persaudaraan dan hubungan muhibbah masyarakat pelbagai kaum di Malaysia khususnya di Melaka.
Dengan penganjuran program ini, adalah menjadi harapan kerajaan dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang berbudaya berteraskan gagasan 1Malaysia, mempergiatkan usaha mengekal dan memulihara seni budaya, mengembangkan kebudayaan dan kesenian melalui usaha memupuk, membimbing, ,merakyat dan ,menyemarakkan seni budaya selain menyokong pertumbuhan pelancongan Negara  melalui aktiviti seni dan budaya khususnya di Melaka

















No comments:

Post a Comment