MELAKA TOURISM

Friday 26 February 2016

FESTIVAL LAYANG-LAYANG ANTARABANGSA MELAKA 2016



FESTIVAL LAYANG-LAYANG ANTARABANGSA MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH PADA 1 - 3 MAC 2016



Festival Layang-layang Antarabangsa Melaka Bandaraya Bersejarah 2016 merupakan penganjuran kali kedua oleh Kerajaan Negeri Melaka.  Festival ini merupakan salah satu acara rasmi di dalam kalendar Pelancongan Negeri Johor dan Malaysia dan diiktiraf sebagai acara rasmi tahunan terbesar di dunia yang disertai oleh pelayang-pelayang tempatan dan antarabangsa diseluruh dunia.

Penganjuran Festival Layang-Layang Sedunia kali ke-21 di Pasir Gudang pada tahun ini dijangka sekali lagi disertai oleh seramai 250 orang peserta antarabangsa iaitu seramai 120 orang dari 35 negara akan dibawa ke Melaka sebelum meneruskan perjalanan ke Selatan Thailand bagi menjayakan Festival Layang-Layang Antarabangsa Satun Kali Ke 36.

Tujuan penganjuran Festival Layang-Layang Antarabangsa Melaka Bandaraya Bersejarah 2016 ini diadakan bagi mempromosikan Sub Sektor Pelancongan Sukan dan Rekreasi Negeri Melaka di mana permainan ini merupakan permainan global yang turut dimainkan oleh seluruh masyarakat dunia disamping mempromosikan Negeri Melaka sebagai salah satu sebuah destinasi pelancongan yang mesti dilawati selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Melaka menarik kehadiran 16.5 juta pelancong pada tahun ini.





No comments:

Post a Comment