Friday, 22 March 2013
Kedatangan pelancong ke Melaka dijangka meningkat 10% setiap tahun
Kedatangan pelancong ke negeri ini mencatat pertambahan sebanyak 10 peratus setiap tahun, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan, Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik.
Menurutnya, itu menunjukkan pertumbuhan positif dan ia satu lonjakan yang membanggakan dalam memacu pembangunan industri pelancongan di negeri itu.
Beliau berkata, sejak 1999 hingga 2011, kehadiran pelancong yang dicatatkan ialah seramai 71,483,350 dengan 54,265,482 atau 75.9 peratus adalah pelancong domestik manakala baki 17,417,868 atau 24.1 peratus pula pelancong asing.
''Dari segi trend kedatangan pelancong hampir setiap tahun meningkat sebanyak 10 peratus dan boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu dan cuti umum Melaka menjadi tumpuan.
''Dakwaan pembangkang dalam setiap ceramah yang mempertikaikan sektor pelancongan di Melaka kurang menjadi tumpuan pelancong domestik dan luar negara adalah tidak benar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Latiff berkata, bagi merancakkan lagi usaha menarik 13 juta pelancong yang disasarkan melawat Melaka tahun ini, Bahagian Promosi Pelancongan (BBP) negeri pejabat Ketua Menteri dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan merancang 129 acara pelancongan sepanjang tahun ini. Beliau ditemui berkata selepas majlis makan tengahari bersama kakitangan Bahagian Promosi Pelancongan Jabatan Ketua Menteri Melaka di Banda Hilir, Melaka.
Menurutnya, tumpuan adalah kepada 12 acara utama yang dijangka menarik lebih ramai pelancong mengunjungi negeri itu.
Antara yang menarik perhatian ialah Festival Drum Archipelago Ke-16 (9-17 April), Festival Sungai Antarabangsa Melaka (1-30 Jun), Fiesta San Juang & San Pedro (23-29 Jun), Melaka Art & Performance Festival (21-22 September), Melaka World Heritage Music Festival (13-14 September) dan Baba Nyonya Festival (23-25 September).
''Di samping itu kerajaan negeri juga terus menggiatkan usaha menambah lebih banyak tempat tarikan pelancongan yang kini dalam pembinaan dan terbaru ialah pembinaan Jurassic Park di Dataran Klebang 1Malaysia," katanya.
Katanya, antara projek pelancongan yang sedang dibangunkan ialah Arab City, Malaysia Eye & Taman Tema di Pulau Melaka, Perkampungan Hang Tuah di Duyong, Extreme Park Tasik Chin Chin, Diamond Coast & Restoran Bas di Klebang, projek Monorel Fasa Kedua, pembangunan Melaka Alive Bahtera Merdeka dan Bird Aviary.
Beliau berkata, apabila kesemua projek itu siap, kedatangan pelancong dijangka bertambah dua kali ganda berbanding sejak 1999 hingga 2011.
Thursday, 28 February 2013
Raptor Watch 2013 Promotion at Melaka
Raptor Watch Promotion booth:-
Location: Aeon Jusco Melaka Bandaraya
Date: Sunday 3 March 2013 (10am~8pm)
Location: Aeon Jusco Melaka Bandaraya
Date: Sunday 3 March 2013 (10am~8pm)
More info: http://www.mns.my/article.php?aid=2160&sc=1Raptor Watch 2013, Tanjung Tuan, Melaka - Let's Get Wild
Semua dijemput hadir...
Lanjut, sila klik: http://mnsraptorwatch.wordpress.com/ & http://www.mns.my/
Wednesday, 20 February 2013
Melaka mengungguli Kejohanan Golf Antarabangsa Warisan Dunia Eropah 2013 (IGTWA)
MELAKA 17 Feb. - Pasukan amatur Melaka mengungguli Kejohanan Golf Antarabangsa Warisan Dunia Eropah 2013 (IGTWA) apabila menewaskan skuad amatur Eropah dengan keputusan 38-18 pada hari terakhir kejohanan itu yang berlangsung di Kelab Golf Tiara & Country, Ayer Keroh di sini semalam.
Melaka yang diketuai oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob nyata sukar digugat sejak saingan hari pertama apabila mendahului Eropah dengan 15-5 dan 13-8 pada hari kedua sebelum menutup saingan dengan kemenangan 13-5 pada hari terakhir untuk keseluruhan mengumpul 38-18. Seramai 30 pemain amatur Melaka dan 30 pemain dari 12 buah negara Eropah bersaing selama tiga hari sejak Khamis hingga Sabtu mengikut format match play mempertandingkan kategori individu, foursome dan fourball. Ini adalah julung-julung kali Melaka menganjurkan kejohanan itu menerusi anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Melaka Berhad (KMB).
Majlis penyampaian trofi kejohanan telah disempurnakan oleh Mohd. Khalil kepada ketua pasukan skuad amatur Melaka, Datuk Omar Kaseh yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri di sebuah hotel terkemuka di sini malam tadi.
Yang turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Mohammad; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik dan beberapa exco kerajaan negeri yang lain.
Berucap pada majlis penyampaian hadiah Mohd. Khalil berkata, kejohanan julung kali diadakan itu akan menjadikan Melaka lebih dikenali di peringkat antarabangsa selaras dengan matlamat pelancongan negeri.

IGTWA2013-Melaka terus unggul atasi Eropah
MELAKA 15 Feb. - Kemenangan yang disandang Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob secara gandingan membolehkan Melaka mendahului Eropah 26-12 pada hari kedua Kejohanan Golf Antarabangsa Warisan Dunia Eropah 2013 (IGTWA) di Kelab Golf Tiara & Country, Ayer Keroh di sini hari ini.
Mohd. Khalil yang bergandingan dengan Hamdan Zambahari dalam kategori foursome menang empat dan tiga menewaskan pasangan dari Eropah menerusi Oskar Brunnthaler dan Anthony Fry.
Selepas mencatat kemenangan 15-5 mengatasi Eropah semalam, dominasi skuad golf amatur Melaka yang diketuai Mohd. Khalil nyata sukar digugat pasukan lawan apabila hari ini meraih 11 lagi kemenangan manakala pihak lawan sekadar mendapat tujuh kemenangan.
Bagi kategori individu, Melaka menang lima dan Eropah turut mencatat kemenangan yang sama manakala bagi kategori foursome tuan rumah meraih tiga kemenangan dan tewas satu kepada lawan.

Perasmian Kejohanan IGTWA - Jadi acara tahunan promosi pelancongan Melaka
MELAKA 14 Feb. - Kejohanan Golf Antarabangsa Warisan Dunia Eropah 2013 (IGTWA) akan menjadi acara tahunan dalam kalendar kerajaan negeri dan ia akan dianjurkan setiap dua tahun sekali, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.Menurutnya, kejohanan julung-julung kali diadakan yang merupakan pertandingan antara negara-negara Eropah menentang Melaka dilihat dapat menarik minat ramai pelancong dari benua tersebut menjadikan Melaka sebagai destinasi pelancongan baharu. Beliau berkata, kerajaan negeri akan memberi sokongan penuh komitmen dan bekerjasama dengan PSO Production Ltd yang membawa kejohanan itu buat pertama kali diadakan di luar benua Eropah.
"Melalui kejohanan ini ia telah berjaya menarik minat kira-kira 30 pemain amatur dari 12 negara di Eropah untuk bukan sahaja bermain golf sebaliknya mereka berpeluang melihat keunikan Melaka yang mempunyai banyak produk pelancongan menarik.

"Ini juga secara tidak langsung dapat menarik lebih ramai pelancong dari Eropah untuk berkunjung ke Melaka kerana apabila mereka pulang nanti mereka secara tidak langsung akan mempromosi negeri ini di kalangan rakan, saudara mara dan sahabat-handai," katanya. Beliau berucap pada majlis perasmian Kejohanan IGTWA yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di Hotel Equatorial di sini malam tadi.
Yang turut hadir, Duta Malaysia ke Perancis, Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik dan Pengerusi kejohanan, Datuk Ghaafar Atan.
Negara-negara Eropah yang mengambil bahagian ialah Austria, Bulgaria, Republik Czech, England, Perancis, Scotland, Belanda, Norway, Portugal, Monrovia, Jerman dan Sepanyol.
Subscribe to:
Posts (Atom)