Seramai 400 peserta daripada pelbagai pertubuhan media menyertai program 'Media Hunt Umno 2012' sebagai menghargai peranan media dalam membuat liputan perhimpunan agung Umno 2012.
Para peserta yang menaiki 100 kenderaan itu dilepaskan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan di Dataran Putra Pusat Dagangan Dunia Putra terus bergerak dan singgah makan tengahari di Seremban, Negeri Sembilan dan sejurus selepas itu, mereka kemudiannya akan dilepaskan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Peserta ‘Media Hunt 2012’ seterusnya bergerak ke Melaka dan berhenti rehat di rumah Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh di Kampung Pulau Masjid Tanah dan peserta telah dilepaskan oleh Timbalan Ketua UMNO Masjid Tanah merangkap ADUN Tanjung Bidara, Datuk Kapt (B) Abd Karim Sulaiman.
Menanti peserta ‘Media Hunt 2012’ di Dataran 1Malaysia Pantai Kelebang adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron untuk minum petang.
Kemudiannya pada sebelah malam pula telah diadakan jamuan makan malam bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam di Pusat Ikan Bakar Terapung, Umbai, Melaka.
No comments:
Post a Comment